Sejarah Penubuhan

Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) ialah sebuah organisasi bantu diri peringkat Negeri  yang dikawalselia oleh orang Pekak sendiri. POPTditubuhkan pada 26 Julai 2000 dengan mengunakan namanya Persatuan Kebajikan Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT). Pada tahun2009,PKOCPT secara rasminya ditukar kepada POPT dan didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftarannya ialah PPM-021-11-26072000.

            POPT juga telah diterima bergabung dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) yang bernaung dibawah World Federation of the Deaf (WFD) danWFD turut bernaung di bawah United Nation. POPT berazam mewujudkan komuniti Pekak yang berwibawa, berdaya saing di bidang pendidikan, sosial, ekonomi dan kerjaya sejajar dengan matlamat Negara.

Pada tahun 2009, Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) telah menerima Projek MySign Community iaitu Pusat Komunikasi Orang Pekak ( PUSKOM ) yang diterajui oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia  ( MFD ) . MySign Community telah mendapat sokongan daripada kementerian sains, teknologi dan inovasi ( MOSTI ) untuk diperluaskan setiap negeri yang mempunyai persatuan.

Projek ini bertujuan untuk membudayakan orang pekak kepada ICT serta mewujudkan akses kepada komunikasi untuk orang pekak. Selain itu, PUSKOM turut membantu Persatuan negeridalam memperjuangkan hak asasi dan keperluan serta menyelaraskan program dan aktiviti pembangunan orang Pekak. kini persatuan orang pekak Terengganu mempunyai keahlian yang berdaftar seramai 410 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>