Motto dan Matlamat POPT

Motto 

  •       REDHAatas kejadian Tuhan
  •        IKHTIAR untuk terus Berjaya
  •        PASRAH atas segala ketentuan Tuhan

 

Matlamat

  1. Mendaftar dan mengumpul orang Pekak yang tinggal dalam negeri Terengganu untuk menjadi ahli Persatuan.
  2. Membantu dan mencari peluang kemudahan seperti rawatan kesihatan, khidmat kaunseling, pendidikan / latihan dan perundangan untuk ahli-ahli Persatuan.
  3. Berusaha mendapatkan peluang kerjaya dan membela nasib mereka untuk keadilan dan kesamaan mendapatkan pekerjaan  samaada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta.
  4. Pengerak aktiviti sosial serta memberi bimbingan akhlak dan juga pengetahuan berhubung kehidupan dan masyarakat melalui seminar atau kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak Persatuan.
  5. Memartabatkan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada masyarakat dengan    mengadakan program seperti Kelab Bahasa Isyarat Malaysia untuk  orang ramai seperti ahli keluarga mereka,  kakitangan kerajaan atau swasta dan juga penuntut pusat pengajian tinggi serta pelajar-pelajar sekolah.
  6. Membela dan memperjuangkan untuk golongan orang Pekak ini bagi mendapatkan hak mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.
  7. Menjadi Ahli Gabungan dengan badan-badan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dan juga yang ada kaitan dengan objektif penubuhan persatuan ini samaada di peringkat negeri atau kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>